Sunday, September 27, 2009

Batik di Malaysia

Batik di Malaysia sudah jauh berubah dek kerana peredaran zaman dan juga keterbukaan minda pembatik untuk berubah....baik dari segi rekaan rekacorak dan juga rekaan rekaletaknya...pengusaha batik dan fesyen juga sudah mengerti dalam susunletak rekacorak dalam rekaan masing2 agar menjadi lebih menarik dan tidak berlaku pembaziran dalam ciptaan rekacorak batik....

Indonesia dan Malaysia mempunyai pertalian yang sangat erat dalam batik.. pengaruh batik Malaysia pada peringkat awalnya sangat2 mirip kepada batik indonesia TETAPI batik Malaysia hari ini tidak lagi mengikut pengaruh dari indonesia kerana pembatik Malaysia sudah dapat melihat dari sudut positif dalam industri batik ini..

Batik Malaysia hari ini sudah pun memasuki pasaran antarabangsa dan diterima seluruh dunia...Usaha kerajaan Malaysia melalui Matrade, Kraftangan dan sebagainya menaikkan semula industri batik di Malaysia...

Jadi janganlah kita sering menuding jari kepada orang lain dan mngatakan Malaysia MENIRU mana pihak kerana dalam hidup kita ini perlu meniru dan ia adalah hak sang Pencipta...

No comments: